Sunday 9 December 2012

Bila Tangan Mula Menaip

assalamualaikum...
Alhamdulillah,dpat juga saya update blog saya..kali ni sya nk kongsi pengalaman saya pergi ke Pulau Pinang..sebelum ni,saya xpnah sampai pun Pulau Pinang...nk pegi,jauh sangat..tapi xsangka plak masa cuti Deepavali ari tu saya dan Kawan2 serumah iaitu "Cap Ayam 27" berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Pinang guna motosikal.. 
Perjalanan,perhhh..memang xdpat nk byang cm na..nk crta pun xtau...Perjalanan bermula jam 7 pagi, sampai Penang dalam jam 11.30..sampai sana kami trus singgah umah si Izzuan..rehat2 jap..rhat kan bdan,moto..xlama pas tu iwan ajak kami mkan kedai Mamak Pelita...
Lpas makan,apa lagi ronda2 Penang..hahahaha..shari suntuk ronda penang..mcm2 tmpat kami pegi..xnk ckap pjg..sya bagi gbar pdai2 lah tgok...

Isi minyak di BH Petrol Tanjong Malim..semangat mereka ni..

berhenti seketika sebelum perjalanan panjang...


Berhenti lagi..disebabkan masalah yang tak di teruskan sehingga kami terpaksa berhenti bagi melegakan rasa ketidakselesaan..hahahahha...memang power lah gaya alan..haha..

Sejarah tercipta..apabila Ting & Alan sama2 melahap nasi mamak....mamak xmamak,kalau dh lapar,,ttap masuk mulut juga..kan Ting..siap senyum lebar muka Ting sbb dapat makan..yang lain apa lagi..muka lapar semua..hahaha





satu pengalaman yang baru untuk saya...dapat pergi bersama kawan2 memang satu yang amat berharga..semoga persahabatan kita akan kekal selamanya...rasanya cukup lah ni..xtau nk crta apa lagi...assalamualaikum....

Read more

Monday 3 December 2012

Kesan Buruk Makan Kuning Telur

assalamualaikum...selamat datang ke blog saya..untuk entry kali ini saya inigin berkongsi dengan rakan pembaca semua mengenai akibat buruk memakan kuning telur secara kerap. Adakah anda selalu makan kuning telur sahaja??...


Walaupun kuning telur kaya dengan nutrisi, tetapi memakan kuning telur secara kerap boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Para pakar kesihatan menemui bahawa pengambilan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis, penyakit arteri koroner, seperti halnya merokok.Dr. David Spence dari Western University , Kanada, dan pasukannya meneliti lebih dari 1200 pesakit di London Health Sciences Centre’s University Hospital. Mereka menemui bahawa mengambil telur secara teratur, dua per tiga sama buruknya dengan merokok. Dengan kata lain, baik merokok mahupun memakan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis.

Aterosklerosis adalah perubahan pada pembuluh darah dimana plak terbentuk pada dinding arteri bahagian dalam dan diperburuk dengan kolesterol. Plak yang pecah merupakan penyebab yang utama sebahagian besar serangan jantung dan stroke. Penelitian tersebut juga menemukan bahawa orang yang mengambil tiga atau lebih kuning telur dalam seminggu, memiliki kesan plak secara signifikan, lebih dari orang yang makan dua atau kurang kuning telur seminggu.
Read more

Sunday 2 December 2012

Sejarah Layar Sentuh atau Touchscreen


Assalamualikum....






Fenomena telefon bimbit touchscreen telah menular dalam kalangan masyarakat dunia sekarang. Keadaan ini menjadikan penggunaan telefon Touchscreen ini menjadi sebahagian daripada gaya hidup masayarakat, berbeza dengan zaman sebelum kemunculan telefon bimbit jenis touchscreen ini, sesiapa sahaja yang memiliki telefon bimbit dianggap sebagai seorang yang hebat, bergaya dan tidak ketinggalan zaman. Tetapi kini,zaman dan tidak ketinggalan zaman...sekarang,zaman telah berubah,kalau bukan Touchscreens xusah lah nk berlagak..sebab sekarang semua ada "handphone"....beza nya teknologi yang mana diguna pakai dalam handphone tersebut. Bagi yang menggunakan handphone touchscreens tu, tahu ke sejarah penggunaan Touchscreens ni??yang xpkai tu,xusah tya lah..memang xnk ambil tahu...tapi kalau nk tau, baca maklumat yang saya dapat ni.....


Penggunaan “Touch Sensor” adalah pada tahun 1971, dan telah dikembangkan oleh Doktor Sam Hurst sekaligus sebagai seorang instruktur di University of Kentucky. Sensor ini disebut “Elograph,” dan telah dipatenkan oleh University of Kentucky Research Foundation. “Elograph” yang digunakan ini bukanlah "transparent" seperti touchscreens moden, namun elograph adalah tonggak kepada kemunculan teknologi touchscreen.


Pada tahun 1974 touchscreen yang pertama telah dilengkapi dengan permukaan "transparent" dikembangkan oleh Doktor Sam Hurst dan Elographics. Pada tahun 1977. Elographics dikembangkan dan dipadankan dengan teknologi lima-kawat resistif, iaitu teknologi touchscreen yang paling popular digunakan saat ini.


Touchscreens akhirnya menjadi suatu teknologi yang hebat dalam kehidupan manusia seharian. Kebanyakan sistem seperti Telefon,ATM, Kios telah menggunakan layar sentuh sebagai tanda teknologi yang telah berkembang.
HP-150 pada tahun 1983 telah menjadi salah satu komputer paling awal di dunia touchscreen komersial. Walaupun tidak menggunakan sistem touchscreen sepenuhnya, kerana hanya memiliki tabung CRT Sony 9″ yang dikelilingi oleh pemancar dan penerima infra merah, yang mengesan posisi setiap objek non- transparent pada skrin.



Awalnya touchscreens yang pertama hanya memiliki sedikit kemampuan untuk merasakan seberapa kuat seseorang menyentuh telah mula berubah dengan pengkomersilan dengan teknologi multi-touch. PC tablet yang diasas oleh jenama apel dan diikuti oleh jenama-jenama terkenal dunia seperti samsung telah menjadikan touchscreen multi-touch menjadi interface utama dengan pelbagai kemampuan yang disediakannya.





Read more

Tuesday 27 November 2012

Bagaimana Mengurus Kehidupan Berteraskan Surah al-Kahfi


assalamualaikum..mesti kita semua pernah dengar tentang kisah2 yang terdapat dalam surah Al Kahfi..antara kisah yang paling popular ialah kisah 3 pemuda Kahfi yang lari daripada pemimpin yang zalim dan mereka telah bersembunyi dalam gua..Kali ni sya nk ajak anda semua utuk bca tentang satu artikel berkaitan bagaimana Mengurus Kehidupan Berteraskan Surah al Kahfi...



Menurut penulis buku Tafsir fi Zilal al-Quran:

Surah al-Kahfi menyediakan ‘tools’ untuk menghasilkan tiga perkara bagi melindungi orang-orang yang beriman daripada fitnah Dajjal. Tiga perkara itu adalah:

Membetulkan sistem kepercayaan (Aqidah)
Membetulkan metod berfikir dan memerhati (Pandangan Hidup)
Membetulkan sistem nilai dengan pertimbangan kepercayaan (Nilai)


Kesemua perkara di atas berkaitan dengan pengurusan kehidupan.




"Apabila kehidupan diurus dengan baik, kejayaan mampu dicapai dengan mudah."

Bagaimana Mengurus Kehidupan Berteraskan Surah al-Kahfi. Mengurus kehidupan berteraskan surah al-Kahfi diambil daripada empat kisah utama yang terdapat dalam surah tersebut iaitu:

1 – Kisah Ashabul Kahfi (pengurusan kepercayaan)
Pengajaran daripada kisah Ashabul Kahfi mampu menjawab persoalan bagaimana mengurus kepercayaan dalam kehidupan.


2 – Kisah Pemilik Dua Kebun (pengurusan harta)
Pengajaran daripada kisah pemilik dua kebun pula mampu menjawab persoalan bagaimana mengurus harta dalam kehidupan.


3 – Kisah Kembara Nabi Musa dan Hamba Soleh Khidir (pengurusan ilmu)
Sementara pengajaran daripada kisah kembara nabi Musa dan hamba soleh Khidhir mampu menjawab persoalan bagaimana mengurus ilmu dalam kehidupan?


4 – Kisah Zulqarnain (pengurusan kuasa)
Akhir sekali, pengajaran daripada kisah Zulqarnain mampu menjawab persoalan bagaimana mengurus kuasa dalam kehidupan?

dh puas baca jum dengar lagu Raihan




semoga mendapat manfaat dri blog saya..hehehe..
sumber saya: http://jurnalinspirasi.com/bagaimana-mengurus-kehidupan-berteraskan-surah-al-kahfi.html

Read more

Monday 26 November 2012

Tetamu Senja


Kita Sebagai Tetamu di Dunia



MENGAPA dan KENAPA saya letak kan lagu ni dalam entri saya kali ni??

Bagi saya lagu ni mempunyai lirik yang cukup indah,membawa maksud yang sangat mendalam  tentang kehidupan kita..dari mula kita lahir sehingga lah kita kembali kepada ALLAH. Dunia hanya lah satu persinggahan kepada kita.
Dalam liriknya kita diibaratkan sebagai TETAMU yang datang ke DUNIA,bila sampai waktu kita akan pergi meninggalkan DUNIA..sya tak nak cakap panjang,sambil buka lagu ni,hayati lah lrik lagu ni..

selamat mendengar..sebab tu saya pilih lagu yag ini





Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kepadaNya 
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang 
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan 
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat 
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat 
Segera kita insaf kita ini punya kiblat 
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat 
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat 
Harus kita lekas segera sedar pada tugas 
Kita datang ini satu roh satu jasad 

Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat






sumber yang saya perolehhttp://www.lyrics.my/47012








Read more

Sunday 25 November 2012

Tabiat Buruk Mandi Malam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..saya telah diberikan kesempatan untuk berkongsi maklumat mengenai kesan buruk sekiranya kita selalu mengamalkan tabiat buruk suka mandi pada lewat malam...

KITA semua pasti pernah mandi pada waktu malam...ADAKAH kita sedar atau tidak kesan yang kita akan peroleh sekiranya kerap kali mengamalkan tabiat suka mandi pada lewat malam?? sebenarnya mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan kita. Ramai yang mengatakan bahawa amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

NAMUN ramai kah yang mengelak daripada melakukan tabiat buruk ini?...Mandi pada waktu malam adalah sangat tidak baik untuk kesihatan diri kita. Sebabnya, bila kita mandi pada waktu malam air akan terkumpul sikit dalam paru-paru disebabkan oleh kondensasi wap air di dalam alveolus paru-paru.Makin kerap mandi malam,makin byk air terkumpul dalam paru-paru sampaila satu ketika,kita akan merasai simptom berikut:

1.Tapak Tangan Lembab(tangan yang jenis lembab tu lain ekk)
2.Salu terasa penat
3.Alah dengan sejuk..bila sejuk rasa mengah
4.Tapak tangan dan hujung jari jadi biru atau kurang warna merah

Bila jadi camni,mudahlah kita mndapat penyakit paru-paru berair.Semoga maklumat yang saya kongsikan ini dapat menambah pengetahuan kita tentang keburukan mandi pada waktu malam.

pesanan: elakkan daripada mengamalkan tabiat buruk ini.....bagi yang selalu mengamalkan tabiat ini..berubah la selagi masa masih ada...semoga apa yang kita dapat,kita kongsikan..
Read more