Sunday, 9 December 2012

Bila Tangan Mula Menaip

assalamualaikum...
Alhamdulillah,dpat juga saya update blog saya..kali ni sya nk kongsi pengalaman saya pergi ke Pulau Pinang..sebelum ni,saya xpnah sampai pun Pulau Pinang...nk pegi,jauh sangat..tapi xsangka plak masa cuti Deepavali ari tu saya dan Kawan2 serumah iaitu "Cap Ayam 27" berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Pinang guna motosikal.. 
Perjalanan,perhhh..memang xdpat nk byang cm na..nk crta pun xtau...Perjalanan bermula jam 7 pagi, sampai Penang dalam jam 11.30..sampai sana kami trus singgah umah si Izzuan..rehat2 jap..rhat kan bdan,moto..xlama pas tu iwan ajak kami mkan kedai Mamak Pelita...
Lpas makan,apa lagi ronda2 Penang..hahahaha..shari suntuk ronda penang..mcm2 tmpat kami pegi..xnk ckap pjg..sya bagi gbar pdai2 lah tgok...

Isi minyak di BH Petrol Tanjong Malim..semangat mereka ni..

berhenti seketika sebelum perjalanan panjang...


Berhenti lagi..disebabkan masalah yang tak di teruskan sehingga kami terpaksa berhenti bagi melegakan rasa ketidakselesaan..hahahahha...memang power lah gaya alan..haha..

Sejarah tercipta..apabila Ting & Alan sama2 melahap nasi mamak....mamak xmamak,kalau dh lapar,,ttap masuk mulut juga..kan Ting..siap senyum lebar muka Ting sbb dapat makan..yang lain apa lagi..muka lapar semua..hahaha





satu pengalaman yang baru untuk saya...dapat pergi bersama kawan2 memang satu yang amat berharga..semoga persahabatan kita akan kekal selamanya...rasanya cukup lah ni..xtau nk crta apa lagi...assalamualaikum....

Monday, 3 December 2012

Kesan Buruk Makan Kuning Telur

assalamualaikum...selamat datang ke blog saya..untuk entry kali ini saya inigin berkongsi dengan rakan pembaca semua mengenai akibat buruk memakan kuning telur secara kerap. Adakah anda selalu makan kuning telur sahaja??...


Walaupun kuning telur kaya dengan nutrisi, tetapi memakan kuning telur secara kerap boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Para pakar kesihatan menemui bahawa pengambilan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis, penyakit arteri koroner, seperti halnya merokok.Dr. David Spence dari Western University , Kanada, dan pasukannya meneliti lebih dari 1200 pesakit di London Health Sciences Centre’s University Hospital. Mereka menemui bahawa mengambil telur secara teratur, dua per tiga sama buruknya dengan merokok. Dengan kata lain, baik merokok mahupun memakan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis.

Aterosklerosis adalah perubahan pada pembuluh darah dimana plak terbentuk pada dinding arteri bahagian dalam dan diperburuk dengan kolesterol. Plak yang pecah merupakan penyebab yang utama sebahagian besar serangan jantung dan stroke. Penelitian tersebut juga menemukan bahawa orang yang mengambil tiga atau lebih kuning telur dalam seminggu, memiliki kesan plak secara signifikan, lebih dari orang yang makan dua atau kurang kuning telur seminggu.

Sunday, 2 December 2012

Sejarah Layar Sentuh atau Touchscreen


Assalamualikum....






Fenomena telefon bimbit touchscreen telah menular dalam kalangan masyarakat dunia sekarang. Keadaan ini menjadikan penggunaan telefon Touchscreen ini menjadi sebahagian daripada gaya hidup masayarakat, berbeza dengan zaman sebelum kemunculan telefon bimbit jenis touchscreen ini, sesiapa sahaja yang memiliki telefon bimbit dianggap sebagai seorang yang hebat, bergaya dan tidak ketinggalan zaman. Tetapi kini,zaman dan tidak ketinggalan zaman...sekarang,zaman telah berubah,kalau bukan Touchscreens xusah lah nk berlagak..sebab sekarang semua ada "handphone"....beza nya teknologi yang mana diguna pakai dalam handphone tersebut. Bagi yang menggunakan handphone touchscreens tu, tahu ke sejarah penggunaan Touchscreens ni??yang xpkai tu,xusah tya lah..memang xnk ambil tahu...tapi kalau nk tau, baca maklumat yang saya dapat ni.....


Penggunaan “Touch Sensor” adalah pada tahun 1971, dan telah dikembangkan oleh Doktor Sam Hurst sekaligus sebagai seorang instruktur di University of Kentucky. Sensor ini disebut “Elograph,” dan telah dipatenkan oleh University of Kentucky Research Foundation. “Elograph” yang digunakan ini bukanlah "transparent" seperti touchscreens moden, namun elograph adalah tonggak kepada kemunculan teknologi touchscreen.


Pada tahun 1974 touchscreen yang pertama telah dilengkapi dengan permukaan "transparent" dikembangkan oleh Doktor Sam Hurst dan Elographics. Pada tahun 1977. Elographics dikembangkan dan dipadankan dengan teknologi lima-kawat resistif, iaitu teknologi touchscreen yang paling popular digunakan saat ini.


Touchscreens akhirnya menjadi suatu teknologi yang hebat dalam kehidupan manusia seharian. Kebanyakan sistem seperti Telefon,ATM, Kios telah menggunakan layar sentuh sebagai tanda teknologi yang telah berkembang.
HP-150 pada tahun 1983 telah menjadi salah satu komputer paling awal di dunia touchscreen komersial. Walaupun tidak menggunakan sistem touchscreen sepenuhnya, kerana hanya memiliki tabung CRT Sony 9″ yang dikelilingi oleh pemancar dan penerima infra merah, yang mengesan posisi setiap objek non- transparent pada skrin.



Awalnya touchscreens yang pertama hanya memiliki sedikit kemampuan untuk merasakan seberapa kuat seseorang menyentuh telah mula berubah dengan pengkomersilan dengan teknologi multi-touch. PC tablet yang diasas oleh jenama apel dan diikuti oleh jenama-jenama terkenal dunia seperti samsung telah menjadikan touchscreen multi-touch menjadi interface utama dengan pelbagai kemampuan yang disediakannya.